Tuesday, May 12, 2015

PENGENALAN



Dalam era globalisasi masa kini, seseorang yang ingin  berjaya dalam apa jua bidang sekali pun perlulah mempunyai ciri-ciri seorang yang berdisiplin, bertanggungjawab, amanah, ikhlas dan nilai-nilai murni. Nilai-nilai murni ini akan membentuk etika seseorang individu tersebut.

            Apa yang dimaksudkan dengan etika?. Istilah Etika atau ethic adalah berasal daripada perkata greek ‘ethos‘ yang bermaksud perwatakan atau keperibadian. Mengikut pengertian Kamus Dewan (1995) terbitan Dewan Bahasa Dan Pustaka etika bermaksud satu sistem dasar akhlak, adat atau tingkah laku atau kesusilaan. Menurut pengertian dari sudut Islam pula , etika adalah akhlak. Ianya merujuk kepada tingkah laku yang baik yang dituntut syarak.

            Menurut sarjana barat J.L. Mackie beliau mendefinisikan etika sebagai disiplin yang dapat menerangkan nilai baik dan buruk sesuatu perbuatan serta menyediakan garis-garis perbezaan antara kebaikan dan keburukan seseorang.

            Menurut A.R. Licey dan W.L. Reese pula mereka mendefinasikan etika sebagai kegiatan aktiviti praktikal yang melibatkan tingkah laku, adat dan cara hidup serta aspek niat dan kecenderungan seseorang atau masyarakat dalam melakukan sesuatu aktiviti. Menurut pandangan ahli falsafah pula, etika merujuk kepada pengajian moral yang bertumpu kepada nilai dan kelakuan manusia.

            Etika di sini dapat disimpulkan sebagai prinsip-prinsip tingkah laku yang bertanggungjawab yang menentukan tindakan individu yang boleh di terima dari segi moral. Setiap individu haruslah mempunyai etika yang dapat diterima oleh pihak masyarakat. Ketidak seimbangan etika individu sekarang ini banyak membawa kepada gejala-gejala yang tidak bermoral seperti rasuah dan sebagainya.

            Definasi Etika Profesional pula merujuk kepada etika dalam sesuatu profesion dan bidang yang profesional. Profesional boleh ditakrifkan dengan keupayaan dan kecekapan dalam melaksanakan sesuatu tanggungjawab berdasarkan kepada ilmu dan latihan serta kepakaran.  Etika profesional pula ditafsirkan sebagai satu panduan dan tatacara yang menentukan kualiti moral, profesional dan nilai. Kesimpulannya etika profesional ialah garis panduan yang bertujuan meningkatkan tahap kualiti, produktiviti dan disiplin dalam perkhidmatan dengan memberi penekanan terhadap semua aspek yang berkaitan dengan peraturan dan peradaban, peranan nilai, serta tingkah laku profesion dalam masyarakat.

            Prinsip etika ini haruslah dipelajari dan diamalkan oleh setiap individu dalam masyarat dalam apa jua perkara yang dilakukan. Tahap disiplin yang tinggi dan pemikiran yang positif berjaya menjadikan seseorang individu itu menjadi seorang yang beretika tinggi.

TATASUSILA KOD ETIKA PROFESION GURU MALAYSIA



TANGGUNGJAWAB TERHADAP PELAJAR
1. Lebih mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar kami daripada hal-hal lain.
2. Bersikap adil terhadap setiap orang pelajar tanpa mengira faktor-faktor jasmani, mental, emosi, politik, ekonomi, sosial, keturunan atau agama.
3.  Merahsiakan maklumat ikhtisas atau sulit mengenai pelajar kecuali kepada mereka yang berhak mengetahuinya.
4. Membimbing atau mengajar seseorang pelajar dalam darjah sendiri atau dalam mata pelajaran-mata pelajaran yang diajar di bilik darjah tanpa sebarang bayaran.
5. Menunjukkan satu cara pakaian, pertuturan dan tingkahlaku yang dapat memberikan contoh yang baik kepada pelajar.
6. Memelihara dan memperbaiki kecekapan ikhtisas melalui pengkajian, lawatan dan menghadiri kursus ikhtisas, persidangan, mesyuarat atau seminar supaya pengajaran kami mencapai mutu yang setinggi-tingginya.

TANGGUNGJAWAB TERHADAP IBU BAPA
1. Menghormati tanggungjawab utama ibu bapa terhadap anak-anak mereka.
2. Berusaha mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat di antara institusi pendidikan dengan rumahtangga.
3. Menganggap semua maklumat yang diberikan oleh ibu bapa mengenai keadaan rumahtangga atau mengenai anak mereka sebagai sulit dan tidak akan membocorkannya kepada sesiapa kecuali kepada mereka yang berhak mengetahuinya.
4. Memberikan maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anak-anak mereka, dan menggunakan maklumat yang diterima daripada ibu bapa secara teliti dan bijaksana.
5. Mengelakkan diri daripada menggunakan atau dipengaruhi oleh kedudukan sosial dan eknonomi ibu bapa pelajar.
6. Mengelakkan diri daripada mengeluarkan kata-kata atau melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan kepercayaan pelajar terhadap ibubapa atau penjaga mereka.

TANGGUNGJAWAB TERHADAP MASYARAKAT DAN NEGARA
1. Mengelakkan diri daripada menyebarkan sesuatu ajaran yang boleh merosakkan kepentingan pelajar, masyarakat, negara atau pun yang bertentangan dengan Rukun Negara.
2. Memupuk dalam diri setiap pelajar sikap dan nilai yang boleh membantu dan membimbing mereka untuk menjadi warganegara yang taat setia, bertanggungjawab dan berguna, menghormati adanya perbezaan kebudayaan, keturunan dan agama.
3. Menghormati masyarakat tempat kami berkhidmat dan memenuhi segala tanggungjawab sebagai seorang warganegara dan sentiasa sanggup mengambil bahagian dalam sebarang kegiatan masyarakat.
4. Menggalakkan kerjasama dan persefahaman di antara guru dengan ibu bapa, institusi pendidikan dengan masyarakat.
5. Memberi sumbangan cergas untuk meningkatkan kehidupan moral, kebudayaan dan kecendekiawan masyarakat.
6. Berpegang kepada tingkah laku yang sopan yang diterima oleh masyarakat dan menjalani kehidupan sehari-hari dengan baik.

TANGGGUNGJAWAB TERHADAP RAKAN SEJAWAT DAN PROFESION
1. Mengelakkan diri daripada membuat sebarang kenyataan atau ulasan yang boleh mencemarkan nama baik seseorang guru di hadapan pelajar.
2. Tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan kami sebagai guru atau ibu bapa, atau berbuat sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah seseorang guru.
3. Berusaha dengan sepenuh-penuhnya menunaikan tanggungjawab kami dengan rajin dan bersungguh-sungguh dan mengekalkan sejajar dengan kemajuan ikhtisas dan sosial.
4. Sentiasa bersedia membantu rakan sejawat kami terutamanya mereka yang beru dalam profesion keguruan
5. Sentiasa mengawasi diri kami supaya tidak mencemarkan nama baik profesion keguruan.
6. Akan menjadi ahli sesebuah pertubuhan guru.

PRINSIP-PRINSIP ETIKA PERGURUAN



Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia perlu dilaksanakan dan dihayati berdasarkan prinsip-prinsip berikut:-

1. Niat yang betul
2. Perlakuan yang baik
3. Pengerak ke arah kebaikan
4. Memperkotakan apa yang dikatakan
5. Berdisiplin dan beradab
6. Menghargai dan bertanggungjawab hasil usaha organisasi

MEMUPUK ETIKA KERJA



Memasuki alam perkerjaan adalah satu pengalaman yang baru daripada alam pembelajaran di sekolah atau di institusi pengajian tinggi. Alam pekerjaaan mungkin menjadi pengalaman yang berbeza sekiranya individu tidak mendalami etika kerja profesion yang diceburinya. Individu yang baru menceburi bidang pekerjaan perlulah memupuk nilai murni, disiplin dan etika kerja yang baik. Individu perlu juga tahu teras dan ciri dalam etika kerja profesional. Antara teras dan ciri-ciri yang perlu dipupuk setelah memasuki perkerjaan antaranya;

 1.Cemerlang
Seorang yang bekerja dengan cemerlang tidak akan bekerja dengan sambil lewa. Kerja dan tugas sehariannya tidak akan dianggap sebagai satu bebanan atau sebagai satu rutin yang membosankan. Kerja yang perlu dilaksanakannya akan dilakukannya dengan bersungguh-sungguh, tidak sekadar "melepaskan batuk di tangga". Prestasi kerjanya akan sentiasa tinggi. Jika dia menemui kesulitan semasa melaksanakan tugasnya, dia akan terus berusaha mencari jalan mengatasi atau menyelesaikan masalah itu. Dia tidak mudah patah hati atau mengaku kalah. Bagi mencapai tahap kecemerlangan, seorang pekerja itu mesti ada disiplin diri. Mereka yang mempunyai displin diri boleh bekerja dengan baik dalam semua keadaan.

Motivasi yang tinggi melahirkan pencapaian yang cemerlang. Guru-guru permulaan ini menghadapi cabaran-cabaran yang pelbagai dalam proses pengujian dan penilaian terhadap hasil kerja pelajar. Ini adalah disebabkan oleh pengetahuan guru-guru permulaan berkaitan dengan ilmu pengujian dan penilaian adalah terlalu cetek. Kajian menunjukkan guru-guru permulaan mempunyai keinginan yang tinggi dalam penilaian pelajar tetapi mereka kurang yakin untuk memberi markah dan gred yang setimpal dengan hasil kerja pelajar. Mereka terkeliru untuk meletakkan jumlah markah terutama soalan berbentuk subjektif. Guru-guru permulaan juga merasa tidak selesa kerana terpaksa menyemak latihan murid yang banyak. Apatah lagi jika bilangan murid ramai dalam sesebuah kelas. Pelajar-pelajar juga sering mempertingkaikan gred dan markah yang diberikan oleh guru-guru permulaan. Pelajar merasa kurang yakin kerana mereka guru baru. Selalunya guru-guru permulaan lebih suka memberi markah dan gred yang cemerlang kepada pelajarnya kerana mengharapkan mereka akan disenangi dan popular di kalangan pelajar.

2. Sikap Berinisiatif
Pekerja yang mempunyai sikap berinisiatif adalah mereka yang melakukan usaha atau sesuatu sebelum dipaksa oleh keadaan atau diarah melakukannya. Sesuatu kerja itu perlu dilakukan dengan tekun dan teliti untuk mengelakkanberlakunya kesilapan. Kesilapan dalam melakukan pekerjaan memanglah boleh dimaafkan tetapi jika dilakukan berulang kali akan menimbulkan masalah kepada diri sendiri dan orang lain. Setiap pekerja mempunyai kebolehan tersendiri dalam bidang-bidang yang mereka ceburi. Oleh itu mereka yang beretika dalam kerjanya akan sentiasa giat berusaha untuk mengembangkan syarikat di mana mereka bekerja.Contohnya dalam bidang perniagaan pekerja akan berusaha untuk mengembangkan perniagaan syarikat dalam bidang baru seperti keluaran atau perkhidmatan yang baru.

Penguasaan yang cemerlang dalam memberikan pengalaman pembelajaran yang bermakna kepada pelajar, berkemampuan yang tinggi untuk membina rappo yang baik bersama pelajar dalam bilik darjah membantu guru-guru menjadi pemangkin kepada kecemerlangan dalam karier mereka. Hubungan yang baik bersama pelajar  di bilik darjah menjadi titik permulaan kepada hubungan guru dengan ibu bapa dan masyarakat setempat. Pelajar-pelajar akan menjadi duta kecil dalam menyebarluaskan cerita-cerita kehebatan guru-guru permulaan kepada masyarakat dan komuniti setempat. Berita yang baik berkaitan kualiti pengajaran dan personality guru menjadi satu tarikan kepada masyarakat setempat untuk ke arah pengwujudan jaringan yang mantap melalui aktiviti-aktiviti kemasyarakatan. Guru-guru permulaan tidak boleh mencipta kejayaan dalam profesion jika keadaan sebaliknya berlaku.

Kajian-kajian yang telah dijalankan mendedahkan bahawa guru-guru memerlukan bimbingan yang berterusan di tempat kerja (Mohammed Sani, 2002). Bagi membina keyakinan diri dan peningkatkan profesionalisma diri dan kerjaya, tugas membimbing ini perlulah dimulakan di dalam organisasi di mana guru-guru ini bertugas. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa hanya 30% sahaja daripada kalangan pentadbir yang mengambil berat terhadap perkembangan profesionalisma guru-guru (Mohammed Sani, 2002) dan 95% guru-guru siswazah yang ditempatkan di sekolah-sekolah rendah di bawah program KPLI tidak berpeluang mengikuti kursus-kursus dalam perkhidmatan bagi meningkatkan tahap pengajaran mereka masing-masing. (Mohammad Sani, 2005). Pendek kata, dalam memartabatkan profesion keguruan, semua pihak perlu digemblengkan tenaga dan sama-sama menunjukkan minat yang tinggi dalam membantu guru-guru permulaan meningkatkan kualiti diri dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Guru-guru perlu mengubah sikap dan sentiasa berusaha dan menyedari bahawa untuk menjadi seorang guru yang berwibawa dan berketrampilan memerlukan usaha-usaha yang berlipat ganda yang datang dari diri guru itu sendiri, di samping dibantu oleh faktor-faktor persekitaran

3. Berniat
Orang yang tidak mempunyai niat yang betul semasa bekerja tidak akan bekerja dengan baik. Orang itu tidak akan mempunyai komitmen terhadap kerja yang dilakukannya. Ramai orang yang bekerja tetapi tidak faham atau mengerti kenapa mereka bekerja selain daripada ingin menyara hidup. Berkerja bukan hanya untuk menyara hidup semata mata malahan ianya berlulah merangkumi pelbagai niat dan tujuan supaya perkerjaan yang dilakukan itu secara ikhlas dan tidak seperti menunjuk-nunjuk. Pekerja perlulah meletakkan matlamat dalam perkerjaan untuk mencapai tujuan atau niat yang lelah diazamkan.

4. Bertanggungjawab dengan masyarakat
Etika kerja profesional turut menekankan tanggungjawab terhadap masyarakat. Tidak wajar mementingkan kepentingan sendiri semata-mata tanpa memikirkan akibat pekerjaan tersebut kepada masyarakat. Tidak kiralah dalam kerjaya dan bidang apa sekalipun tanggungjawab terhadap masyarakat amat penting kerana profesonalima adakalanya di nilai oleh masyarakat itu sendir. Contohnya dalam kerjaya seorang doktor , sekiranya seorang doktor yang tidak beretika dalam menjalankan tugas, masyarakat akan beranggapan kerjaya seorang doktor itu adalah antara kerjaya yang tidak bermoral. “Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga”.

5. Amanah Dalam Kerja
Sifat amanah adalah teras keharmonian dan kejayaan sesebuah institusi masyarakat atau pekerjaan. Jika sebuah institusi mempunyai  seseorang pekerja atau pegawai tidak mempunyai sifat amanah, segala urusan tidak akan berjalan sempurna dan membawa kepada kehancuran institusi atau syarikat tersebut.

Sesungguhnya para pendidik hari ini telah memainkan peranan penting di dalam merealisasikan aspirasi dan wawasan negara dalam mewujudkan perpaduan kaum di Malaysia.Pendidik pada hari ini telah membuktikan bahawa mereka telah mengimbangkan kewujudan integrasi nasional yang menjamin keamanan dan kesejahteraan negara. Guru adalah merupakan ejen kepada keberkesanan pendidikan di negara kita ini. Kejayaan dan keberkesanan seorang guru dalam merealisasikan aspirasi dan wawasan negara tadi terletak pada tanggungjawab, kelengkapan, keilmuan dan keluhuran peribadi mereka. Guru merupakan tenaga ikhtisas di dalam bidang perguruan yang dipertanggungjawabkan untuk mendidik murid-murid di sekolah.

Sebelum seseorang itu menjadi guru, dia perlu menerima latihan dalam perguruan untuk menjadi seorang guru yang bertauliah. Umpamanya, seorang guru mesti mempunyai Sijil Perguruan atau Diploma Pendidikan yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia sebelum dia boleh mengajar di sekolah kerajaan. Walaubagaimanapun, samada  seseorang guru itu menerima latihan perguruan atau tidak, dia mesti mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang mata pelajaran yang hendak diajarnya.Guru juga mesti mengetahui keadah atau cara penyampaian dalam pengajarannya supaya murid-murid dapat memahami apa yang disampaikan olehnya. Hasilnya bukan hanya ilmu pengetahuan yang berjaya diperoleh mereka, bahkan nilai-nilai murni yang dapat membentuk mereka menjadi seorang insan yang berguna serta dapat memberi sumbangan kepada agama, bangsa dan negara.

Hakikatnya, guru berkualiti berkemampuan untuk merealisasikan aspirasi ini menerusi pengajarannya yang berkesan, kepemimpinannya yang memberi teladan dan integriti keperibadiannya. Sebagaimana yang telah kita maklum, peranan guru bukan sahaja mengajar subjek yang mereka ditugaskan mengajar, tetapi juga mendidik minda dan membina sahsiah pelajar. Masa hadapan pelajar, malah masa hadapan bangsa dan Negara adalah ditentukan oleh corak didikan yang disemai oleh guru-guru pada hari ini. Peranan guru sebagai jurutera sosial dan agen perubahan minda adalah sangat dituntut demi mencapai wawasan negara khasnya dalam era revolusi maklumat dan teknologi masa kini. Selain menjalankan tugas dalam bilik darjah, guru juga mempunyai peranan-peranan lain yang diharapkan oleh masyarakat. Misalnya guru diharapkan menjadi pengganti ibubapa, menjadi penasihat dan pembimbing di dalam pembentukkan sahsiah murid, menjadi kaunselor kepada murid-murid, menjadi pengamal dan penyebar nilai kebudayaan yang elok dan seterusnya menjadi contoh sahsiah yang baik kepada masyarakat.

6. Komited Terhadap Kerjaya.
Kunci kejayaan seseorang individu ialah komited terhadap kerjaya yang diceburinya. Komited yang dimaksudkan di sini ialah menumpukan perhatian dan bersungguh-sungguh terhadap apa yang dilakukan. Sifat komited ini dapat menyumbang ke arah terhasilnya mutu kerja atau khidmat yang cemerlang. Kerja yang dilakukan mestilah sentiasa mencari peluang-peluang untuk meraih kecemerlangan dalam kerja.  Komited dan bersungguh-sungguh dengan apa yang dibuat mampu menjadikan seseorang itu lebih berjaya dan cemerlang.

7. Akhlak
Akhlak merupakan teras pembentukan etika kerja professional. Akhlak mulia yang dimiliki oleh seseorang pekerja mahupun ketua menjadi lambang ketinggian peribadi dan kualiti individu terbabit. Apalah gunanya seorang yang berpendidikan dan pangkat yang tinggi dan kemudiannya menjawat pekerjaan yang bagus jika berakhlak buruk. Akhlak buruk di sini contohnya mengamalkan rasuah, dasar pilih kasih dalam kerja, dan tidak komited dalam kerja. Keperibadian yang baik dan akhlak yang mulia menjadi sesorang itu dipandang mulia dan berkedudukan.

8. Jujur
Di dalam pekerjaan, sifat jujur atau benar dapat membentuk hubungan yang sihat di antara sesama pekerja, pekerja dan majikan dan sesama pelanggan atau pun orang yang berurusan di dalam pekerjaan tersebut. Sifat jujur dan benar dapat membendung segala perasaan syak wasangka dan tipu daya atau pun dusta. Sifat kejujuran pelu ada dalam setiap individu yang memasuki alam pekerjaan.

9. Bersyukur
Bersyukur adalah susulan kepada kejayaan-kejayaan dan keuntungan yang diperoleh hasil sesuatu pekerjaan. Harus diingat bahawa kejayaan yang diperoleh adalah nikmat kurniaan Allah. Kewajipan bersyukur dinyatakan oleh Allahdalam firman-Nya yang bermaksud :
"Dan (ingatlah) tatkala Tuhan kamu memberitahu; Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmat-Ku kepada kamu, dan demi sesungguhnya azab-Ku amatlah keras"
(Surah Ibrahim Ayat 7)
Menjadi lumrah manusia, apabila ditimpa kesusahan mereka tabah menghadapinya dan keimanan mereka pada masa ini kuat sekali. Namun apabila memperoleh pangkat dan kesenangan, mereka lupa diri dan Tuhan. Inilah yang dinamakan ‘Kufur Nikmat’. Harus diingat bahawa Allah boleh menarik balik nikmat yang telah dikurniakankepada hambaNya.

Termasuk dalam golongan yang kufur nikmat ialah orang yang mengamalkan rasuah di dalam pekerjaan. Orang yang mengamalkan rasuah seolah-olah tidak bersyukur dan berasa cukup dengan apa yang dikurniakan oleh Allah. Rasuah dilakukan untuk mendapatkan sesuatu yang bukan haknya dan menguntungkan kedua-dua pihak (pemberi dan penerima rasuah) dengan cara yang mudah tetapi menyalahi undang-undang dalam bentuk imbuhan. Imbuhan rasuahpada masa kini berbentuk wang, saham, wanita cantik dan apa jua yang diatas nama sebagai hadiah. Amalan rasuah akan melumpuhkan ekonomi negara kerana yang kaya bertambah kaya manakala yang miskin semakin terbiar. Islam dengan tegas melarang perbuatan rasuah kerana ia tergolong dalam dosa-dosa besar.

10. Pengurusan Masa
Dalam menjalani pekerjaan, amat perlu dititikberatkan soal pengurusan masa kerana salah satu faktor kejayaan dalam pekerjaan adalah pengurusan masa yang berkesan. Pengurusan masa yang cekap dapat membantu meringankan beban tugas di samping memudahkan segala urusan kerja.
Semasa bekerja kita telah diperuntukkan waktu rehat yang secukupnya oleh majikan. Dalam masa yang agak singkat inilah kita perlu bijak memanfaatkan masa untuk makan, sembahyang dan berehat. Kadangkala kita terlalu asyik berbualbual bersama rakan-rakan sekerja sambil menikmati hidangan sehingga terlupa untuk menunaikan solat. Walhal waktu rehat tersebut jika bijak diuruskan sudah semestinya amat mencukupi untuk kita berehat dan beribadat dengan selesa.

11. Menilai Diri (Muhasabah)
Muhasabah bermaksud menilai diri, menghitung kebaikan dan keburukan yang telah kita lakukan. Kita perlu menghisap diri di waktu malam tentang apa yang telah kita lakukan sepanjang hari terutama dalam pekerjaan. Kita perlu menghisap diri di hujung minggu tentang apa yang telah kita laksanakan sepanjang minggu. Dan seterusnya kita perlu menghisap diri di akhir tahun untuk mempastikan apa sebenarnya yang telah kita lakukan (untuk diri kita, keluarga kita, bangsa kita, negara kita, agama kita) di sepanjang tahun.


Muhasabah ini tidak akan mendatangkan apa-apa manfaat kepada bangsa dan negara melainkan seorang itu menyedari bahawa dia ada peranan dan kewajipan sebagai anggota masyarakat. Jika muhasabah atau penilaian semula itu hanya setakat mengukur kejayaan diri secara sempit, tanpa mengambil kira sumbangan yang telah dapat dicurahkan kepada sanak saudara, kepada masyarakat setempat, kepada bangsa dan negara, kepada agamanya, ia belum lagi mencapai maksud sebenar.

KOD ETIKA PROFESION PERGURUAN



 1.      Seorang guru tidak harus bertingkah laku begitu rupa sehingga boleh mencemarkan sifat profesionnya dan yang akan menyebabkan hilang kepercayaan orang ramai terhadap profesion perguruan.
  2 .      Dia tidaklah harus bertingkah laku begitu rupa yang boleh membawa kepada jatuhnya maruah diri dan kehilangan amanah berhubung dengan kewangan.
  3.      Dalam semua hubungan dan tugas seseorang guru hendaklah menjalankannya dengan jujur.
  4.      Tangungjawab utama seseorang guru ialah terhadap murid-muridnya. Kepentingan murid-muridnya haruslah mengatasi semua kepentingan lain seperti kepentingan-kepentingan masyarakat, persatuan atau persendirian.
  5.      Dia haruslah menumpukan perhatian terhadap keperluan tiap-tiap muridnya. 
  6.      Dia haruslah memberi perhatian dan pengajaran unutk semua murid tidak kira bangsa dan agama dan kepercayaaan.
  7.      Dia haruslah bertugas sebagai "pengganti ibu bapa" dalam usaha untuk membentuk tingkah laku murid-murid ke arah matlamat- matlamat yang diterima oleh masyrakat.
  8.      Dia haruslah mendidik dan mengambil tindakan secara adil terhadap semua murid tidak kira bangsa, warna, jantina, bahasa, agama, kepercayaan politik, tempat asal, asal keluarga, intelek, akademik dan status-status lain.
  9.      Dia harus mengesan dan menerima perbezaan individu dikalangan murid-muridnya dan memendu mereka memperkembangankan potensi mereka dari segi jasmani, intelek, daya cipta dan rohani.
 10.  Dia harus menghormati hak tiap-tiap murid supaya maklumat-maklumat sulit mengenai diri murid-murid tidak diberitahu kepada orang atau agensi lain yang tidak berkenaan.
  11.  Dia haruslah bertingkah laku terhadap murid-muridnya sebegitu rupa yang boleh membawa jatuhnya darjat profesion perguruan.
  12.  Dia tidaklah harus mengajar sesuatu yang boleh merosakkan kepentingan murid-murid, masyarakat awam dan negara.
  13.  Dia haruslah menanamkan sikap yang baik terhadap murid-muridnya supaya mereka dapat berkembang menjadi warganegara yang taat setia dan berguna.
  14.  Dia tidaklah harus menyatakan atau membuat sesuatu yang boleh mengurangkan keyakinan diri murid-muridnya dan ibu bapa pelajar.
  15.  Dia haruslah bertingkah laku begitu rupa suapaya menjadi contoh yang baik terhadap murid-murid.
  16.  Dia tidaklah harus menerima apa-apa bayaran daripada murid-muridnya untuk pelajaran atau pengajaran tambahan yang dijalankan semasa waktu sekolah atau cuti sekolah melainkan bayaran-bayaran yang disahkan.
  17.  Dia tidaklah harus mengiklankan dirinya untuk kerja-kerja tuisyen atau pengajaran persendirian.
  18.  Dia tidaklah harus memaksakan kepercayaan, keagamaan, politik persendirian terhadap murid-muridnya.
  19.  Dia tidaklah harus meminta atau menerima hadiah daripada ibu bapa murid-murid atau ahli-ahli masyarakat dalam manjalankan tugas-tugas profesionnya.
  20.  Dia tidak harus menjatuhkan nama baik guru-guru lain.
  21.  Untuk mendapatkan pekerjaan atau kenaikan pangkat dia haruslah menggunakan cara-cara yang sah sahaja ( iaitu berdasarkan kecekapan).

  22.  Dia tidaklah harus mengiklankan dirinya dengan cara membesar-besarkan namanya untuk mendapatkan sesuatu pangkat dalam profesion perguruan.

KEPENTINGAN ETIKA PERGURUAN


 Etika kerja adalah nilai-nilai penting yang perlu dilaksanakan dalam sesebuah organisasi. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) juga tidak terkecuali mempunyai Etika kerja sendiri.  Takrif yang diberikan oleh KPM tentang Etika Kerja Perguruaan ialah Etika Kerja ialah panduan tingkah laku yang menjadi pegangan setiap warga KPM berlandaskan nilai-nilai ahklak yang mulia.

Kepentingan etika kerja perguruan dapat memartabat profesion perguruan itu sendiri. Kod etika perguruan dianggap penting kerana :

1.      Kod etika menyediakan garis panduan bagaimana bertingkah laku dalam profesion perguruan. Ianya sebagai penduan dan juga sesuai untuk dirujuk dan diamalkan oleh guru.
2.      Kod Etika Perguruan menyatakan dengan jelas tentang tanggungjawab guru terhadap pemegang amanah dalam bidang pendidikan. Ianya juga membantu guru lebih faham dan jelas tentang tanggungjawab mereka.
3.      Kandungan yang dinyatakan dalam Kod Etika Perguruan di negara ini menunjukkan perbezaan tertentu berbanding kod etika di negara lain. Perbezaan ini memberi guru-guru menilai dan  melihat keunikan etika yang diamalkan sama ada di negara ini ataupun di negara lain.
4.      Kod Etika dalam bentuk dokumen, usaha untuk menyemak semula kod ini dapat dilakukan. Kecemerlangan sesuatu profesion boleh dilihat menerusi sejauh mana kod etikanya boleh dipertahankan dan dikuatkuasakan.
5.      Menerusi kod etika, guru dapat meningkatkan lagi imej profesion perguruan secara hitam putih dan rasmi. Ianya dapat membuka mata masyarakat untuk menghayati tanggungjawab guru yang luas dan berat dan menyokong guru dalam mencapai matlamat pendidikan dan negara.
6.      Etika kerja merupakan nilai-nilai yang penting dalam sesebuah organisasi. Pengamalan etika dapat mengekal, dan memelihara kepercayaan yang diberi dalam menjalankan tugas, serta memupuk tanggungjawab bersama dan mengeratkan perhubungan atnara ahli dalam organisasi. (INTAN, 1991).


Etika yang ditunjukkan oleh guru melalui kod etika perguruan dan prinsip-prinsip etika ini, sedikit sebanyak menjadi guru-guru sebagai role –model kepada pelajar. Senario ini mempengaruhi etika pelajar dan membantu pembentukan modal insan pada masa akan datang. Kesimpulannya melalui pemerhatian pelajar terhadap guru menjadikan pelajar berkenaan lebih berdisiplin dan beretika. Tingkah laku guru yang berdisiplin dan terikat dengan garis panduan Etika Perguruan membantu memperkembangan potensi pelajar ke arah satu pembentukan individu yang berjaya dan menjadikan pelajar lebih cenderung kepada melakukan perkara-perkara yang positif.

ETIKA PERGURUAN.

Matlamat utama pendidikan Malaysia adalah berpaksikan kepada Falsafah Pendidikan Negara (FPN). Aspek-aspek yang mendukung matlamat pendidikan di dala FPN ialah seperti berikut :

“Pelajaran di Malaysia ialah satu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga masyarakat dan negara.”

Aspek utama yang perlu diutamakan dalam Falsafah Pendidikan Negara ialah perkembangan individu yang bersepadu dan menyeluruh dari segi jasmani,emosi,rohani,interlek dan sosial. Tidak dinafikan disini tanggungjawab seorang guru bukan hanya sebagai pengajar malahan ianya perlu mencakupi setiap aspek membentukan generasi masa depan yang berilmu dan berakhlak untuk pembangunan bangsa dan negara.

Bagi merealisasikan Falsafah Pendidkan Negara, para guru perlu sedar bahawa mereka sebenarnya memikul satu tanggungjawab yang besar. Guru bukan saya perlu mempertingkatkan profesionalisma mereka malahan guru juga perlu peka dengan perubahan-perubahan yang melanda dalam dunia pendidikan masa kini. Pada amnya, guru-guru perlu berkemahiran dan pakar dalam semua aspek dan bidang. Guru-guru bukan sahaja memperkembangankan kemahiran dengan ilmu pengetahuan sahaja malahan juga mencakupi disiplin, sikap dan tingkah laku untuk menjaga nama profesion perguruan itu sendiri.

Mengikut senarai yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) sehingga 30 Jun 2008 seramai 118,380 guru lelaki yang berkhidmat di sekolah rendah dan menengah manakala seramai 251,548 orang guru perempuan yang berkhidmat di sekolah rendah dan menengah di seluruh negara. Tahun demi tahun terdapat peningkatan jumlah guru di seluruh negara, oleh yang demikian Kementerian Pelajaran sejak dari dahulu lagi berusaha memartabat profesion perguruan ini supaya menjadi satu profesion yang profesional. Laporan Suruhanjaya Diraja Mengenai Perkhidmatan Perguruan Malaysia Barat (Laporan Aziz, 1971), mencadangkan supaya diadakan Etika Profesion Perguruan bagi pembentukan tatasusila guru. Etika perguruan ini akan  menjadi satu panduan kepada guru dalam melaksanakan tugasan seharian sebagai guru.


Keberkesaan Etika Profesion Perguruan adalah berkait rapat dengan usaha gigih guru-guru dalam memartabatkan profesion perguruan itu sendiri. Ini dapat dibuktikan dengan pendekatan yang digunakan oleh guru didalam kelas membantu mempengaruhi tingkah laku, tahap penerimaan dan kefahaman pelajar. Mutu pengajaran yang berkesan dengan personaliti guru yang jitu sedikit sebanyak mempengaruhi iklim tingkah laku pelajar.