LATAR BELAKANG SEKOLAH




MISI
MELESTARIKAN SISTEM PENDIDIKAN YANG BERKUALITI UNTUK MEMBANGUNKAN POTENSI INDIVIDU BAGI MEMENUHI ASPIRASI NEGARA


VISI
PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA


MATLAMAT
SMK TINGGI BATU PAHAT BERHASRAT MELAHIRKAN INSAN BERILMU, BERKETRAMPILAN, BERAKHLAK  MULIA , BERWAWASAN, BERDAYA SAING DAN BERDAYA TAHAN TINGGI DALAM MENANGANI TUNTUTAN-TUNTUTAN KE ARAH PENCAPAIAN WAWASAN 2020 SEJAJAR DENGAN KEHENDAK FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN DAN BERLANDASKAN RUKUN NEGARA.


OBJEKTIF
* KEUNGGULAN AKADEMIK, KOKURIKULUM DAN
SAHSIAH PELAJAR.
* PENGUKUHAN KETRAMPILAN KEPIMPINAN.
* SUASANA SEKOLAH YANG KONDUSIF DAN SELAMAT.
* PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN YANG CEKAP
DAN BERKESAN.
* PERHUBUNGAN SEKOLAH-RUMAH-KOMUNITI YANG
BAIK DAN MESRA.


MOTO
NUNC AUT NUNQUAM
NOW OR NEVER
KINI ATAU KECEWA


FALSAFAH

KESEMPURNAAN PENDIDIKAN KEARAH SAKSIAH YANG MANTAP DAN MATANG




LATAR BELAKANG SEKOLAH

Sekolah Tinggi Batu Pahat telah bermula pada tahun 1914. Pada waktu itu, sekolah tersebut adalah sebuah sekolah yang merupakan sekolah Inggeris pertama di negeri Johor yang telah didirikan dengan nama Government English School (GES) di kaki Bukit Bendera, yang kini menjadi tapak bangunan Jabatan Kerja Raya (JKR) dan gelanggang tenis di Jalan Pejabat, Batu Pahat. Bangunan sekolah itu hanyalah merupakan sebuah pondok papan yang berbumbungkan atap.

Jumlah muridnya adalah antara 40 sehingga 50 orang sahaja. Pelajar-pelajar ini mendapat pendidikan sekolah rendah sahaja. Tenaga pengajarnya terdiri daripada empat orang guru, termasuklah Encik Samarasingam, Encik A. Auctland, Encik Alwee Jaffar. Guru besar sekolah itu pula ialah Encik Tom Newman. Beliau kemudiannya digantikan oleh Encik J. B. Hobday dan Encik L. C. Stevenson dalam tahun-tahun yang berikutnya.

Sebilangan pelajar ini memulakan persekolahan mereka hanya apabila mencapai umur 14 atau 15 tahun, kerana had minimum umur untuk bersekolah pada ketika itu masih belum ditetapkan lagi. Justeru itu pelajar-pelajarnya mempunyai umur yang berbeza-beza juga, walaupun dalam kelas yang sama. Persekolahan pada waktu itu belum diwajibkan lagi oleh pemerintah Inggeris, mengakibatkan kadar ponteng sekolah yang sangat tinggi. Keadaan begini telah memaksa guru besar pada masa itu menghabiskan sebahagian besar daripada masanya di sekolah menangkap pelajar-pelajar yang cuba ponteng sekolah. Pelajaran juga terjejas akibat masalah ini. Namun, tiada penyelesaian ditemui pada masa itu dan masalah ini terus berleluasa.

Pada tahun 1916 sebuah bangunan sekolah sementara telah dibina di Simpang Rantai, iaitu di tempat yang kini menjadi tapak kediaman (barracks) anggota keluarga polis Batu Pahat. Beberapa tahun kemudian Tuan Syed Abdul Rahman al-Kudcy telah menggantikan Encik L. C. Stevenson sebagai guru besar sekolah tersebut. Bilangan pelajar sekolah itu sudah meningkat sehingga 200 orang pada masa beliau menduduki jawatan barunya itu. Justeru itu, sebuah bangunan baru yang lebih besar dan kukuh telah dibina pada tahun 1918 dengan perbelanjaan $ 60 000.

No comments:

Post a Comment