Tuesday, May 12, 2015

PENGENALAN



Dalam era globalisasi masa kini, seseorang yang ingin  berjaya dalam apa jua bidang sekali pun perlulah mempunyai ciri-ciri seorang yang berdisiplin, bertanggungjawab, amanah, ikhlas dan nilai-nilai murni. Nilai-nilai murni ini akan membentuk etika seseorang individu tersebut.

            Apa yang dimaksudkan dengan etika?. Istilah Etika atau ethic adalah berasal daripada perkata greek ‘ethos‘ yang bermaksud perwatakan atau keperibadian. Mengikut pengertian Kamus Dewan (1995) terbitan Dewan Bahasa Dan Pustaka etika bermaksud satu sistem dasar akhlak, adat atau tingkah laku atau kesusilaan. Menurut pengertian dari sudut Islam pula , etika adalah akhlak. Ianya merujuk kepada tingkah laku yang baik yang dituntut syarak.

            Menurut sarjana barat J.L. Mackie beliau mendefinisikan etika sebagai disiplin yang dapat menerangkan nilai baik dan buruk sesuatu perbuatan serta menyediakan garis-garis perbezaan antara kebaikan dan keburukan seseorang.

            Menurut A.R. Licey dan W.L. Reese pula mereka mendefinasikan etika sebagai kegiatan aktiviti praktikal yang melibatkan tingkah laku, adat dan cara hidup serta aspek niat dan kecenderungan seseorang atau masyarakat dalam melakukan sesuatu aktiviti. Menurut pandangan ahli falsafah pula, etika merujuk kepada pengajian moral yang bertumpu kepada nilai dan kelakuan manusia.

            Etika di sini dapat disimpulkan sebagai prinsip-prinsip tingkah laku yang bertanggungjawab yang menentukan tindakan individu yang boleh di terima dari segi moral. Setiap individu haruslah mempunyai etika yang dapat diterima oleh pihak masyarakat. Ketidak seimbangan etika individu sekarang ini banyak membawa kepada gejala-gejala yang tidak bermoral seperti rasuah dan sebagainya.

            Definasi Etika Profesional pula merujuk kepada etika dalam sesuatu profesion dan bidang yang profesional. Profesional boleh ditakrifkan dengan keupayaan dan kecekapan dalam melaksanakan sesuatu tanggungjawab berdasarkan kepada ilmu dan latihan serta kepakaran.  Etika profesional pula ditafsirkan sebagai satu panduan dan tatacara yang menentukan kualiti moral, profesional dan nilai. Kesimpulannya etika profesional ialah garis panduan yang bertujuan meningkatkan tahap kualiti, produktiviti dan disiplin dalam perkhidmatan dengan memberi penekanan terhadap semua aspek yang berkaitan dengan peraturan dan peradaban, peranan nilai, serta tingkah laku profesion dalam masyarakat.

            Prinsip etika ini haruslah dipelajari dan diamalkan oleh setiap individu dalam masyarat dalam apa jua perkara yang dilakukan. Tahap disiplin yang tinggi dan pemikiran yang positif berjaya menjadikan seseorang individu itu menjadi seorang yang beretika tinggi.

No comments:

Post a Comment