Tuesday, May 12, 2015

MEMUPUK ETIKA KERJA



Memasuki alam perkerjaan adalah satu pengalaman yang baru daripada alam pembelajaran di sekolah atau di institusi pengajian tinggi. Alam pekerjaaan mungkin menjadi pengalaman yang berbeza sekiranya individu tidak mendalami etika kerja profesion yang diceburinya. Individu yang baru menceburi bidang pekerjaan perlulah memupuk nilai murni, disiplin dan etika kerja yang baik. Individu perlu juga tahu teras dan ciri dalam etika kerja profesional. Antara teras dan ciri-ciri yang perlu dipupuk setelah memasuki perkerjaan antaranya;

 1.Cemerlang
Seorang yang bekerja dengan cemerlang tidak akan bekerja dengan sambil lewa. Kerja dan tugas sehariannya tidak akan dianggap sebagai satu bebanan atau sebagai satu rutin yang membosankan. Kerja yang perlu dilaksanakannya akan dilakukannya dengan bersungguh-sungguh, tidak sekadar "melepaskan batuk di tangga". Prestasi kerjanya akan sentiasa tinggi. Jika dia menemui kesulitan semasa melaksanakan tugasnya, dia akan terus berusaha mencari jalan mengatasi atau menyelesaikan masalah itu. Dia tidak mudah patah hati atau mengaku kalah. Bagi mencapai tahap kecemerlangan, seorang pekerja itu mesti ada disiplin diri. Mereka yang mempunyai displin diri boleh bekerja dengan baik dalam semua keadaan.

Motivasi yang tinggi melahirkan pencapaian yang cemerlang. Guru-guru permulaan ini menghadapi cabaran-cabaran yang pelbagai dalam proses pengujian dan penilaian terhadap hasil kerja pelajar. Ini adalah disebabkan oleh pengetahuan guru-guru permulaan berkaitan dengan ilmu pengujian dan penilaian adalah terlalu cetek. Kajian menunjukkan guru-guru permulaan mempunyai keinginan yang tinggi dalam penilaian pelajar tetapi mereka kurang yakin untuk memberi markah dan gred yang setimpal dengan hasil kerja pelajar. Mereka terkeliru untuk meletakkan jumlah markah terutama soalan berbentuk subjektif. Guru-guru permulaan juga merasa tidak selesa kerana terpaksa menyemak latihan murid yang banyak. Apatah lagi jika bilangan murid ramai dalam sesebuah kelas. Pelajar-pelajar juga sering mempertingkaikan gred dan markah yang diberikan oleh guru-guru permulaan. Pelajar merasa kurang yakin kerana mereka guru baru. Selalunya guru-guru permulaan lebih suka memberi markah dan gred yang cemerlang kepada pelajarnya kerana mengharapkan mereka akan disenangi dan popular di kalangan pelajar.

2. Sikap Berinisiatif
Pekerja yang mempunyai sikap berinisiatif adalah mereka yang melakukan usaha atau sesuatu sebelum dipaksa oleh keadaan atau diarah melakukannya. Sesuatu kerja itu perlu dilakukan dengan tekun dan teliti untuk mengelakkanberlakunya kesilapan. Kesilapan dalam melakukan pekerjaan memanglah boleh dimaafkan tetapi jika dilakukan berulang kali akan menimbulkan masalah kepada diri sendiri dan orang lain. Setiap pekerja mempunyai kebolehan tersendiri dalam bidang-bidang yang mereka ceburi. Oleh itu mereka yang beretika dalam kerjanya akan sentiasa giat berusaha untuk mengembangkan syarikat di mana mereka bekerja.Contohnya dalam bidang perniagaan pekerja akan berusaha untuk mengembangkan perniagaan syarikat dalam bidang baru seperti keluaran atau perkhidmatan yang baru.

Penguasaan yang cemerlang dalam memberikan pengalaman pembelajaran yang bermakna kepada pelajar, berkemampuan yang tinggi untuk membina rappo yang baik bersama pelajar dalam bilik darjah membantu guru-guru menjadi pemangkin kepada kecemerlangan dalam karier mereka. Hubungan yang baik bersama pelajar  di bilik darjah menjadi titik permulaan kepada hubungan guru dengan ibu bapa dan masyarakat setempat. Pelajar-pelajar akan menjadi duta kecil dalam menyebarluaskan cerita-cerita kehebatan guru-guru permulaan kepada masyarakat dan komuniti setempat. Berita yang baik berkaitan kualiti pengajaran dan personality guru menjadi satu tarikan kepada masyarakat setempat untuk ke arah pengwujudan jaringan yang mantap melalui aktiviti-aktiviti kemasyarakatan. Guru-guru permulaan tidak boleh mencipta kejayaan dalam profesion jika keadaan sebaliknya berlaku.

Kajian-kajian yang telah dijalankan mendedahkan bahawa guru-guru memerlukan bimbingan yang berterusan di tempat kerja (Mohammed Sani, 2002). Bagi membina keyakinan diri dan peningkatkan profesionalisma diri dan kerjaya, tugas membimbing ini perlulah dimulakan di dalam organisasi di mana guru-guru ini bertugas. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa hanya 30% sahaja daripada kalangan pentadbir yang mengambil berat terhadap perkembangan profesionalisma guru-guru (Mohammed Sani, 2002) dan 95% guru-guru siswazah yang ditempatkan di sekolah-sekolah rendah di bawah program KPLI tidak berpeluang mengikuti kursus-kursus dalam perkhidmatan bagi meningkatkan tahap pengajaran mereka masing-masing. (Mohammad Sani, 2005). Pendek kata, dalam memartabatkan profesion keguruan, semua pihak perlu digemblengkan tenaga dan sama-sama menunjukkan minat yang tinggi dalam membantu guru-guru permulaan meningkatkan kualiti diri dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Guru-guru perlu mengubah sikap dan sentiasa berusaha dan menyedari bahawa untuk menjadi seorang guru yang berwibawa dan berketrampilan memerlukan usaha-usaha yang berlipat ganda yang datang dari diri guru itu sendiri, di samping dibantu oleh faktor-faktor persekitaran

3. Berniat
Orang yang tidak mempunyai niat yang betul semasa bekerja tidak akan bekerja dengan baik. Orang itu tidak akan mempunyai komitmen terhadap kerja yang dilakukannya. Ramai orang yang bekerja tetapi tidak faham atau mengerti kenapa mereka bekerja selain daripada ingin menyara hidup. Berkerja bukan hanya untuk menyara hidup semata mata malahan ianya berlulah merangkumi pelbagai niat dan tujuan supaya perkerjaan yang dilakukan itu secara ikhlas dan tidak seperti menunjuk-nunjuk. Pekerja perlulah meletakkan matlamat dalam perkerjaan untuk mencapai tujuan atau niat yang lelah diazamkan.

4. Bertanggungjawab dengan masyarakat
Etika kerja profesional turut menekankan tanggungjawab terhadap masyarakat. Tidak wajar mementingkan kepentingan sendiri semata-mata tanpa memikirkan akibat pekerjaan tersebut kepada masyarakat. Tidak kiralah dalam kerjaya dan bidang apa sekalipun tanggungjawab terhadap masyarakat amat penting kerana profesonalima adakalanya di nilai oleh masyarakat itu sendir. Contohnya dalam kerjaya seorang doktor , sekiranya seorang doktor yang tidak beretika dalam menjalankan tugas, masyarakat akan beranggapan kerjaya seorang doktor itu adalah antara kerjaya yang tidak bermoral. “Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga”.

5. Amanah Dalam Kerja
Sifat amanah adalah teras keharmonian dan kejayaan sesebuah institusi masyarakat atau pekerjaan. Jika sebuah institusi mempunyai  seseorang pekerja atau pegawai tidak mempunyai sifat amanah, segala urusan tidak akan berjalan sempurna dan membawa kepada kehancuran institusi atau syarikat tersebut.

Sesungguhnya para pendidik hari ini telah memainkan peranan penting di dalam merealisasikan aspirasi dan wawasan negara dalam mewujudkan perpaduan kaum di Malaysia.Pendidik pada hari ini telah membuktikan bahawa mereka telah mengimbangkan kewujudan integrasi nasional yang menjamin keamanan dan kesejahteraan negara. Guru adalah merupakan ejen kepada keberkesanan pendidikan di negara kita ini. Kejayaan dan keberkesanan seorang guru dalam merealisasikan aspirasi dan wawasan negara tadi terletak pada tanggungjawab, kelengkapan, keilmuan dan keluhuran peribadi mereka. Guru merupakan tenaga ikhtisas di dalam bidang perguruan yang dipertanggungjawabkan untuk mendidik murid-murid di sekolah.

Sebelum seseorang itu menjadi guru, dia perlu menerima latihan dalam perguruan untuk menjadi seorang guru yang bertauliah. Umpamanya, seorang guru mesti mempunyai Sijil Perguruan atau Diploma Pendidikan yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia sebelum dia boleh mengajar di sekolah kerajaan. Walaubagaimanapun, samada  seseorang guru itu menerima latihan perguruan atau tidak, dia mesti mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang mata pelajaran yang hendak diajarnya.Guru juga mesti mengetahui keadah atau cara penyampaian dalam pengajarannya supaya murid-murid dapat memahami apa yang disampaikan olehnya. Hasilnya bukan hanya ilmu pengetahuan yang berjaya diperoleh mereka, bahkan nilai-nilai murni yang dapat membentuk mereka menjadi seorang insan yang berguna serta dapat memberi sumbangan kepada agama, bangsa dan negara.

Hakikatnya, guru berkualiti berkemampuan untuk merealisasikan aspirasi ini menerusi pengajarannya yang berkesan, kepemimpinannya yang memberi teladan dan integriti keperibadiannya. Sebagaimana yang telah kita maklum, peranan guru bukan sahaja mengajar subjek yang mereka ditugaskan mengajar, tetapi juga mendidik minda dan membina sahsiah pelajar. Masa hadapan pelajar, malah masa hadapan bangsa dan Negara adalah ditentukan oleh corak didikan yang disemai oleh guru-guru pada hari ini. Peranan guru sebagai jurutera sosial dan agen perubahan minda adalah sangat dituntut demi mencapai wawasan negara khasnya dalam era revolusi maklumat dan teknologi masa kini. Selain menjalankan tugas dalam bilik darjah, guru juga mempunyai peranan-peranan lain yang diharapkan oleh masyarakat. Misalnya guru diharapkan menjadi pengganti ibubapa, menjadi penasihat dan pembimbing di dalam pembentukkan sahsiah murid, menjadi kaunselor kepada murid-murid, menjadi pengamal dan penyebar nilai kebudayaan yang elok dan seterusnya menjadi contoh sahsiah yang baik kepada masyarakat.

6. Komited Terhadap Kerjaya.
Kunci kejayaan seseorang individu ialah komited terhadap kerjaya yang diceburinya. Komited yang dimaksudkan di sini ialah menumpukan perhatian dan bersungguh-sungguh terhadap apa yang dilakukan. Sifat komited ini dapat menyumbang ke arah terhasilnya mutu kerja atau khidmat yang cemerlang. Kerja yang dilakukan mestilah sentiasa mencari peluang-peluang untuk meraih kecemerlangan dalam kerja.  Komited dan bersungguh-sungguh dengan apa yang dibuat mampu menjadikan seseorang itu lebih berjaya dan cemerlang.

7. Akhlak
Akhlak merupakan teras pembentukan etika kerja professional. Akhlak mulia yang dimiliki oleh seseorang pekerja mahupun ketua menjadi lambang ketinggian peribadi dan kualiti individu terbabit. Apalah gunanya seorang yang berpendidikan dan pangkat yang tinggi dan kemudiannya menjawat pekerjaan yang bagus jika berakhlak buruk. Akhlak buruk di sini contohnya mengamalkan rasuah, dasar pilih kasih dalam kerja, dan tidak komited dalam kerja. Keperibadian yang baik dan akhlak yang mulia menjadi sesorang itu dipandang mulia dan berkedudukan.

8. Jujur
Di dalam pekerjaan, sifat jujur atau benar dapat membentuk hubungan yang sihat di antara sesama pekerja, pekerja dan majikan dan sesama pelanggan atau pun orang yang berurusan di dalam pekerjaan tersebut. Sifat jujur dan benar dapat membendung segala perasaan syak wasangka dan tipu daya atau pun dusta. Sifat kejujuran pelu ada dalam setiap individu yang memasuki alam pekerjaan.

9. Bersyukur
Bersyukur adalah susulan kepada kejayaan-kejayaan dan keuntungan yang diperoleh hasil sesuatu pekerjaan. Harus diingat bahawa kejayaan yang diperoleh adalah nikmat kurniaan Allah. Kewajipan bersyukur dinyatakan oleh Allahdalam firman-Nya yang bermaksud :
"Dan (ingatlah) tatkala Tuhan kamu memberitahu; Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmat-Ku kepada kamu, dan demi sesungguhnya azab-Ku amatlah keras"
(Surah Ibrahim Ayat 7)
Menjadi lumrah manusia, apabila ditimpa kesusahan mereka tabah menghadapinya dan keimanan mereka pada masa ini kuat sekali. Namun apabila memperoleh pangkat dan kesenangan, mereka lupa diri dan Tuhan. Inilah yang dinamakan ‘Kufur Nikmat’. Harus diingat bahawa Allah boleh menarik balik nikmat yang telah dikurniakankepada hambaNya.

Termasuk dalam golongan yang kufur nikmat ialah orang yang mengamalkan rasuah di dalam pekerjaan. Orang yang mengamalkan rasuah seolah-olah tidak bersyukur dan berasa cukup dengan apa yang dikurniakan oleh Allah. Rasuah dilakukan untuk mendapatkan sesuatu yang bukan haknya dan menguntungkan kedua-dua pihak (pemberi dan penerima rasuah) dengan cara yang mudah tetapi menyalahi undang-undang dalam bentuk imbuhan. Imbuhan rasuahpada masa kini berbentuk wang, saham, wanita cantik dan apa jua yang diatas nama sebagai hadiah. Amalan rasuah akan melumpuhkan ekonomi negara kerana yang kaya bertambah kaya manakala yang miskin semakin terbiar. Islam dengan tegas melarang perbuatan rasuah kerana ia tergolong dalam dosa-dosa besar.

10. Pengurusan Masa
Dalam menjalani pekerjaan, amat perlu dititikberatkan soal pengurusan masa kerana salah satu faktor kejayaan dalam pekerjaan adalah pengurusan masa yang berkesan. Pengurusan masa yang cekap dapat membantu meringankan beban tugas di samping memudahkan segala urusan kerja.
Semasa bekerja kita telah diperuntukkan waktu rehat yang secukupnya oleh majikan. Dalam masa yang agak singkat inilah kita perlu bijak memanfaatkan masa untuk makan, sembahyang dan berehat. Kadangkala kita terlalu asyik berbualbual bersama rakan-rakan sekerja sambil menikmati hidangan sehingga terlupa untuk menunaikan solat. Walhal waktu rehat tersebut jika bijak diuruskan sudah semestinya amat mencukupi untuk kita berehat dan beribadat dengan selesa.

11. Menilai Diri (Muhasabah)
Muhasabah bermaksud menilai diri, menghitung kebaikan dan keburukan yang telah kita lakukan. Kita perlu menghisap diri di waktu malam tentang apa yang telah kita lakukan sepanjang hari terutama dalam pekerjaan. Kita perlu menghisap diri di hujung minggu tentang apa yang telah kita laksanakan sepanjang minggu. Dan seterusnya kita perlu menghisap diri di akhir tahun untuk mempastikan apa sebenarnya yang telah kita lakukan (untuk diri kita, keluarga kita, bangsa kita, negara kita, agama kita) di sepanjang tahun.


Muhasabah ini tidak akan mendatangkan apa-apa manfaat kepada bangsa dan negara melainkan seorang itu menyedari bahawa dia ada peranan dan kewajipan sebagai anggota masyarakat. Jika muhasabah atau penilaian semula itu hanya setakat mengukur kejayaan diri secara sempit, tanpa mengambil kira sumbangan yang telah dapat dicurahkan kepada sanak saudara, kepada masyarakat setempat, kepada bangsa dan negara, kepada agamanya, ia belum lagi mencapai maksud sebenar.

No comments:

Post a Comment