Tuesday, May 12, 2015

KEPENTINGAN ETIKA PERGURUAN


 Etika kerja adalah nilai-nilai penting yang perlu dilaksanakan dalam sesebuah organisasi. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) juga tidak terkecuali mempunyai Etika kerja sendiri.  Takrif yang diberikan oleh KPM tentang Etika Kerja Perguruaan ialah Etika Kerja ialah panduan tingkah laku yang menjadi pegangan setiap warga KPM berlandaskan nilai-nilai ahklak yang mulia.

Kepentingan etika kerja perguruan dapat memartabat profesion perguruan itu sendiri. Kod etika perguruan dianggap penting kerana :

1.      Kod etika menyediakan garis panduan bagaimana bertingkah laku dalam profesion perguruan. Ianya sebagai penduan dan juga sesuai untuk dirujuk dan diamalkan oleh guru.
2.      Kod Etika Perguruan menyatakan dengan jelas tentang tanggungjawab guru terhadap pemegang amanah dalam bidang pendidikan. Ianya juga membantu guru lebih faham dan jelas tentang tanggungjawab mereka.
3.      Kandungan yang dinyatakan dalam Kod Etika Perguruan di negara ini menunjukkan perbezaan tertentu berbanding kod etika di negara lain. Perbezaan ini memberi guru-guru menilai dan  melihat keunikan etika yang diamalkan sama ada di negara ini ataupun di negara lain.
4.      Kod Etika dalam bentuk dokumen, usaha untuk menyemak semula kod ini dapat dilakukan. Kecemerlangan sesuatu profesion boleh dilihat menerusi sejauh mana kod etikanya boleh dipertahankan dan dikuatkuasakan.
5.      Menerusi kod etika, guru dapat meningkatkan lagi imej profesion perguruan secara hitam putih dan rasmi. Ianya dapat membuka mata masyarakat untuk menghayati tanggungjawab guru yang luas dan berat dan menyokong guru dalam mencapai matlamat pendidikan dan negara.
6.      Etika kerja merupakan nilai-nilai yang penting dalam sesebuah organisasi. Pengamalan etika dapat mengekal, dan memelihara kepercayaan yang diberi dalam menjalankan tugas, serta memupuk tanggungjawab bersama dan mengeratkan perhubungan atnara ahli dalam organisasi. (INTAN, 1991).


Etika yang ditunjukkan oleh guru melalui kod etika perguruan dan prinsip-prinsip etika ini, sedikit sebanyak menjadi guru-guru sebagai role –model kepada pelajar. Senario ini mempengaruhi etika pelajar dan membantu pembentukan modal insan pada masa akan datang. Kesimpulannya melalui pemerhatian pelajar terhadap guru menjadikan pelajar berkenaan lebih berdisiplin dan beretika. Tingkah laku guru yang berdisiplin dan terikat dengan garis panduan Etika Perguruan membantu memperkembangan potensi pelajar ke arah satu pembentukan individu yang berjaya dan menjadikan pelajar lebih cenderung kepada melakukan perkara-perkara yang positif.

No comments:

Post a Comment