Tuesday, May 12, 2015

ETIKA PERGURUAN.

Matlamat utama pendidikan Malaysia adalah berpaksikan kepada Falsafah Pendidikan Negara (FPN). Aspek-aspek yang mendukung matlamat pendidikan di dala FPN ialah seperti berikut :

“Pelajaran di Malaysia ialah satu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga masyarakat dan negara.”

Aspek utama yang perlu diutamakan dalam Falsafah Pendidikan Negara ialah perkembangan individu yang bersepadu dan menyeluruh dari segi jasmani,emosi,rohani,interlek dan sosial. Tidak dinafikan disini tanggungjawab seorang guru bukan hanya sebagai pengajar malahan ianya perlu mencakupi setiap aspek membentukan generasi masa depan yang berilmu dan berakhlak untuk pembangunan bangsa dan negara.

Bagi merealisasikan Falsafah Pendidkan Negara, para guru perlu sedar bahawa mereka sebenarnya memikul satu tanggungjawab yang besar. Guru bukan saya perlu mempertingkatkan profesionalisma mereka malahan guru juga perlu peka dengan perubahan-perubahan yang melanda dalam dunia pendidikan masa kini. Pada amnya, guru-guru perlu berkemahiran dan pakar dalam semua aspek dan bidang. Guru-guru bukan sahaja memperkembangankan kemahiran dengan ilmu pengetahuan sahaja malahan juga mencakupi disiplin, sikap dan tingkah laku untuk menjaga nama profesion perguruan itu sendiri.

Mengikut senarai yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) sehingga 30 Jun 2008 seramai 118,380 guru lelaki yang berkhidmat di sekolah rendah dan menengah manakala seramai 251,548 orang guru perempuan yang berkhidmat di sekolah rendah dan menengah di seluruh negara. Tahun demi tahun terdapat peningkatan jumlah guru di seluruh negara, oleh yang demikian Kementerian Pelajaran sejak dari dahulu lagi berusaha memartabat profesion perguruan ini supaya menjadi satu profesion yang profesional. Laporan Suruhanjaya Diraja Mengenai Perkhidmatan Perguruan Malaysia Barat (Laporan Aziz, 1971), mencadangkan supaya diadakan Etika Profesion Perguruan bagi pembentukan tatasusila guru. Etika perguruan ini akan  menjadi satu panduan kepada guru dalam melaksanakan tugasan seharian sebagai guru.


Keberkesaan Etika Profesion Perguruan adalah berkait rapat dengan usaha gigih guru-guru dalam memartabatkan profesion perguruan itu sendiri. Ini dapat dibuktikan dengan pendekatan yang digunakan oleh guru didalam kelas membantu mempengaruhi tingkah laku, tahap penerimaan dan kefahaman pelajar. Mutu pengajaran yang berkesan dengan personaliti guru yang jitu sedikit sebanyak mempengaruhi iklim tingkah laku pelajar.

No comments:

Post a Comment